Thursday, 14 July 2011

weeehuuu!!

dah lame tak tulis blog smpi password pun lupe. terpaksa lah reset balik' Whut The FISH!!!. sekarang ni mmg under control lagi, wpun tgh bz nak kawin!!!

Ha!!! Sape kate tak de org nak kat aku? Cun gak aku ni kan ( KLASS kan?)

Thursday, 24 February 2011

kelly clarkson

i'm da big fan of her!

bile perlu BERUNDUR

Bila org dah tak perlukan kita, sila berundur sama ada secara cepat atau perlahan-lahan. tgk kondisi keadaan. tak payah kita nak thegeh2 mminta simpati , macamlah kita tak ada maruah.rasenye , konsep ni sesuai diamalkan dalam sume keadaan baik dalam erti persahabatan, perkahwinan,pekerjaan dan ape juga.

berdiam dan berundur bukan bermaksud kita lemah, atau tewas. ada harga diri yang perlu dijaga. dan bukan menegakkan ego semata.

itulah jadi pada aku skang. so sad..

keep on move in babe!! STRONG!

Wednesday, 23 February 2011

faveret song

stress


1.Sumpahan Teknologi
disebabkan terlalu tension, mungkin sindrom PMS nak datang.aku rasa lebih stress,sensitif,nak marah( nauzubillah)padahal aku selalu mlalui rutin tersebut.mobile phone aku mmg dah sedia off dari malam tadi, dan rasanye mlm sok@ malam ni baru aku nak on(merajukkah? hihihi), FB pun tgk ala2 je, tak mo update status.cume aku berblog je ari ni.
2.New Product Review
Malam tadi lepas anto alyn g IPB, aku terus g Tesco Ampang, jalan2 g Watson. Aku sebenarnye nak beli pencuci muka faveret aku, rupenye tak de. aku beli jenama X, so tibai je lah.tapi ni aku nak intro, aku dah test malam tadi sblm tido.
OVALE Essential Vitamin Face Lightening kosnye dalam 6.00 utk seminggu ada 7 capsul. ni bukan utk makan yer kwn2.. Picit dan oles kan muka je( pakai waktu malam je). Aku suke sebab muka tak berminyak , wpun bahan asasnya minyak bunga matahari.Kalo okeh, aku nak beli utk stok sebulan.
3.Berat Badan
Dengan bangganya aku mgumumkan berat badan aku dah meningkat dari 45 ke 52.. Bangganya!! dengan ketinggian aku 1.57, BMI aku dikira ideal lagi.
Aku mmg aware sket pasal aspek2 ksihatan ni, sbb sejarah kesihatan abah aku, ada penyakit jantung++ penyakit lain. So risiko tu besar. Mencegah lebih baik dari mengubati

membebel

dikala ujan renyai2.cewahhh..
kat area pandan jaya tgh ujan renyai2, sempat lagi aku berblog... wahhh.mau ttido, tlmbt lak g opis.

aku berpose ari ni, bg mgantikan jumlah pose yang telah kutinggalkan.aku sahur kul 4.00 pg tadi, minum air kosong 2 gelas je ( mampukah aku bertahan?) Insya Allah.

Berikut aku senaraikan kebaikan berpose dari sudut kesihatan:

1.Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
( aku penah dengar gak, kite digalakkan berpose at least 3 ari dalam sebulan, utk tingkatkan kesihatan kita)
2.Sedar tak sedar, sebenarnye berpuasa dapat mengelakkan dan sembuhkan kita dari banyak penyakit spt menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
3.Berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim.

Sekian

Tuesday, 22 February 2011

KENDURI KENDARA

Berikut adalah senarai kenduri kendara yang perlu aku hadiri, kemon le. tahun lps ngan tahun ni adalah musim perpaduan kwn2.. hhehehehe.
Syam( x classmate form 6)
dah lepas
Mira( x housemate masa study UNITAR)
dah lepas
Igu ( kwn kelab kete)
PUCHONG-26/2
Syafa( x classmate sekolah teknik+dormmate)
SHAH ALAM-pertengahan bulan 3
Jalal ( x schoolmate sekolah teknik)
SHAH ALAM ( JALAN KEBUN)
ala lupe nama lak
KL-09/04 (ari jadi aku).. hahhahaha
Esfahani(best fren aku+kwn masa sekolah teknik)
bulan 5
SG BULUH?DENGKIL-aku kene jadik pengapit tersepit utk pihak laki n pempuan + tukang buat hantaran+penyambut tetamu
Tasha aka Ladiey Gege ( sepupu sepapat)
jadik tukang buat hantaran+ pA
BULAN 6
Peje
bulan 6 gak kot
Langkap,Perak

Cik Suraya?
tak tau lagi. hahahhahahha

Friday, 18 February 2011

suke atau tidak?

nak kata klakar tak klakar pun, sedih pun ada...

Ikuti perbualan ringkas ni( sila bagi pandangan):

Gadis : Awak, cube tengok bulan malam ni cantik ( bulan penuh)

Lelaki: Saya tak nampak pun, sebab saya kat dalam umah.

Gadis: g le tengok jap.

Lelaki: Alah, tiap2 bulan, ada bulan penuh. Bulan depan le saya tgk

Gadis: Okeh ( dalam hati, agak geram)..

Pengajaran dari cerita ni: Sila amik hati wanita/gadis/isteri/kawan/tunang/skandal ( opssss) anda. Pempuan mmg suke menda yang remeh, dan lelaki suke menda yg logik( kununnn)

Friday, 11 February 2011

ke GILA an ku!

mari2..

setelah searching bagai nak rak kat intenet ni, aku nak kongsi tutorial pakai hijab lagi. so check it out!




ni pun antara blog yg glamer gak.

temanya, sape kata pempuan berhijab tak bleh bgaya+kolot.
say NO to them.
mungkin anda boleh katakan, berfesyen tu boleh, tp jgn over..
class kan?


i'm back!!!

ari ni nak cite pasal fashion and product review. pempuan ngan fesyen,kosmetik n mekap( wpun bedak dan deodoran) boleh kah dipisahkan pun? temanya: aku bangga jadi pompuan. hahhaha

1. LOREAL Revitalift White Advanced Anti Wrinkle and Spot Corrector DAY CREAM .
aku mmg tak suke pakai krim, ape jenis krim pun sebelum ni, nmpak muke cam berat ngan berminyak je~ then saje je lah try sample menda ni. nampak cam okeh je~ best. tak rasa pakai cream pun. so setakat ni, ni lah produk terbaik yang aku bg 5 bintang oyeahh)

2. Gaya dan Fesyen Artis paling Best kat Malaysia ( aku rasa le weh)
dah tentu lah Scha AlYahya( my faveret) tu, ape2 aku bersikap selective apa yang dia pakai, yea lah dah pakai hijab, dah tak leh cam dulu lagi.wpun dia pakai trench coat, cardigan atau blouse je, ngan skinny, ttp comey dan ada karisma.nnt aku attach pic dia.

adios!

Tuesday, 8 February 2011

| h i j a b . s h a w l. t u d u n g. p a s h m i n a|

tiba - tiba skang dah macam jatuh hati pada arabian style. senang je. tak payah nak beli byk2 pin yang kiut miut( beli banyak2, peh tu ilang pun byk kali) adoyaiiii..

kalo tgk tutorial, pakai safety pin ( pin yg warne kuning/silver tu ) ngan jarum peniti pun dah okeh. lilit2, pusing2.. taraaaa, cantik sudaaa.sesuai utk aku yang femalas ini.

tp, aku mmg suke ngan Maysaa London. Cume yang sesuai ngan diri aku je, aku amik~

check it out!!




ni yang cam yuna pakai tu!

bila marah!

bukan nak merepek kerepek,teguran untuk diri sendiri dah kawan2 gak. kemain gak diorg ye, bila marah sume perkataan baik dan tak baik sume terhambur, geram dan marah punye pasal. amboiii mulut( sensor gitu)****

marah, geram, sakit ati pun ada tempatnya, bukan kat facebook,twitter,ym atau skype. abis dicanang buruk makhluk tu~ kang tertempias kat diri sendiri cam ne? sakit kan? ati sakit?, yg tak paham tu ada je penyokong yang mengiyakan dan tokok tambah lak.. adoi.. kite pun tak tau kondisi dua2 pihak cam ne. ntah2 ada misunderstood ke.

tema dalam cite ni, banyak2 bersabar. coz, saya dulu pun agak emo gak~ bile usia makin matang, kwn2 terdekat ngan family menegur, bukan semua rasa, layak dikongsi dalam facebook/twitter, simpan skit dalam ati, supaya jadi rahsia.

so, temanya tak releven pun kata-kata' kalo marah, luahkan saje'.

Tuesday, 25 January 2011

Tengok Ni!!

saya suke dua website ni~ lebih2lagi,kalo travel ,jalan jauh, atau kadang2 terlupe ingatan.

1.http://www.islamicfinder.org/Hcal/index.php
(convert dari Gregorian Calender kpd Hijrah Calender, waktu semayang seluruh dunia)
2.http://www.al-habib.info/arah-kiblat/
( petunjuk arah kiblat), bleh gune satu dunia ( bagus kan?)

So, dunia ni sume dah moden, KLIK je ape nak cari, ( so carilah menda yang bermanfaat)

Monday, 24 January 2011

Dah Mula!!!!!


ya rabbi~ lamenye saya tak membebel dalam blog ni~ yang paling class sume dah tuko baru. lebih ringkas dan kiut( cam haku gak) hahhahahaha.insyaallah, peh ni selalu aku ku hupdate!!
~bersama ini disertakan majlis yang aku attend minggu lepas~
1. Majlis Kawin Si Mira Kartobo ( roomate lame ku,masa blajo unitar dulu, sob2 ko kawin dah)
2. Majlis Tunang Dak Jenol ( rakan satu kelab kete)Satria Tuners.Com. Caiyokkkk!!

Kalo tanya pasal jodoh pada aku, aku jawab dengan penuh rasa positif. TAHUN DEPAN(yeayea je). Kalo tanye lagi tahun depan, aku jawab tahun depan lagi.. Hahahhahaha. Padan Muke korang.

Cume skang ni, aku rapat ngan seseorg ( LELAKI ) lah.. Soal Jodoh, jgn tye dahhh..
ada jodoh, aku jemput korang

Sunday, 14 March 2010

Sekian Lama

Saya dalam proses utk update blog ni semula... tungguuuu

Saturday, 7 July 2007

Dah berbulan rasanya , saya tak menyentuh blog kesayangan saya ini, sekarang ini saya masih di kampung, membawa hati saya yang entahlah, kecewa atau pun pedih.Tapi sekarang alhamdulillah, semuanya beransur baik. Sekarang tumpuan utama saya, keluarga, lebih-lebih lagi Mak. Saya bertekad, saya akan betulkan kekeliruan, padamkan segala tangisan, sebab saya rasa semua orang di dunia ini, wajib merasai saat bahagia. Dan saya impikan agar, impian saya makin menghampiri saya.Insyaallah. Kalaulah kuasa magik ada di tangan saya,akan saya cipta kebahagiaan untuk semua orang dan menghilangkan segala dendam, kedengkian, kedalam lohong yang tak mungkin di gali semula.Tapi, siapalah saya ini.. Pesan saya pada adik-adik saya, jangan sia-siakan waktu muda ini, kita tak jangka masa depan kita. Entahkan senang, atau kaya-raya , entahkan susah lagi merempat.Hidup biar sentiasa sederhana. Adik-adik saya selalu merungut pada kawan-kawan atau pada mak saya sendiri.” Along ni lagi bising dan lagi kuat berleter daripada Mak”. Ha ha Ha, itu saya akui. Saya memang suka berleter.Dalam kekalutan konflik ini, alhamdulillah, saya masih ada seseorang di sisi saya, berkongsi susah dan senang, gelak dan ketawa. Dia ibarat tulang belakang saya menyebabkan saya boleh berdiri tegak,umpama tangan, menyelamatkan tika saya terkapai lemas, meminjamkan telinganya untuk saya meluahkan apa yang terbuku,dan seperti meminjamkan bahunya,ketika menggalas beban bersama-sama.Saya bersyukur pada Allah, masih ada pintu kebahagiaan untuk saya di sini. Saya teringat pesanan Sarimah Ibrahim, pengacara IKON di Astro itu, yang lagaknya agak kelakar dan gila-gila, tak sangka juga saya rupanya Sarimah ini, agak puitis orangnya.

CERMIN DIRI
Pasangan kita ibarat cermin hidup kepada saya, Apabila hidup dengan seorang lagi manusia, kita rasa lebih belajar mengenal keburukan dan kebaikan diri.

Sebenarnya dalam hati saya , benar juga katanya. Ketemu lagi, lembaran akan datang.


Suraya.sharuddin
Tapah, perak.

Thursday, 19 April 2007

renungan

BUAT INSAN YG BERGELAR WANITA, GADIS DAN PEREMPUAN......
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Monday, 16 April 2007

Entah Lah...

Saya sebenarnya rasa geram, sedih , terharu bercampur sedih.Entahlah, saya pun tak tahu, apa sebabnya.Yang pastinya, saya memang kecewa dengan segelintir manusia sekeliling saya. Saya terfikir, salah saya atau salah mereka. Kiranya salah saya, saya akan cari kelemahan diri saya dan segera membetulkannya.Semalam, saya melepak-lepak bersama rakan baik saya, semasa bersekolah asrama di Perak dahulu, saya sekadar menemaninya pergi ke kenduri di rumah bf nya, selepas itu ke Seksyen 9, menikmati cendol. Dia sudah berjanji dengan saya sebelum ini. Bercerita itu dan ini, al maklumlah sudah hampir 7 ( tujuh ) tahun tak ketemu.Sudah tentu ada gossip hangat perlu diceritakan.Saya benar-benar merindui kawan baik saya ini, Syafa.Banyak kenangan sewaktu kami masih bersekolah dahulu,berkongsi susah dan senang. Dan keluarga saya, seumpama keluarganya juga.Saya , berdoa dan mohon pada Allah agar bertemu dengan insan yang benar-benar memahami saya dan menerima saya seadanya.
PerempuanKu.
Biarkan ku di sini untukmuAku hanya ingin menghibur malam iniMalam yg pasti menyenangkan untukmu dan tentu untukkuBiarkan di sini aku bernyanyiHanya untukku dan untuk menghibur kamuDan aku yakin senyummu tulus dan jujurHanya untukkuPerempuanku engkau cintakuTak mungkin bisa bila aku jauh darimuBisa bila ku pasti sedihKu cinta engkauCinta pada perempuankuSemakin lama semakin ku tahuMaksud hati tak hanya mencintaimuKu ingin habiskan hidupkuHanya untukmuKu cinta engkau perempuankuPerempuanku
(versi nyanyi sendiri)bukan saya ler....

Monday, 9 April 2007

denting......

Denting yang berbunyi
Dari dinding kamarku
Sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga
Sayang kau dimana
Aku ingin bersama
Tlah ku putus semua
Untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana
Merasa yang sama
Seperti dinginku
Di malam ini
Rintik gerimis mengundang
Kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepiku rasa hatiku
Saat ini oh sayangku
Jika kau disini
Aku tenang…


i miss him so much.................................

Sunday, 8 April 2007

besday..

my besday lah today. moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.