Monday, 26 February 2007

Menitip Kasih..

Minggu lepas, sempat juga saya mendaftarkan diri sebagai ahli di Perpustakaan Negara(PNM),sempat jugalah saya meminjam beberapa buah buku untuk dijadikan bahan bacaan sewaktu saya di kampung.Jikalau ada rezeki dan masa yang lebih nanti,ingin saya menerbitkan sendiri hasil karya saya. Teman saya itu, mengusulkan agar saya mencoret karya kanak-kanak.. Adussss.. Mampukah saya?. Sebenarnya, sudah agak lama saya tidak menulis. Agaknya, idea-idea saya ini pun entah kemana?. Tapi, fikir saya, jikalau da bakat jangan disia-siakan.Maha Pencipta dan Maha Penyayang mengurniakan kelebihan saya pada bidang penulisan , sewajarnya saya tidak harus mensia-siakannya.Insyaallah , saya akan terus menulis,jika ada kewajaran waktu, kesihatan dan buah fikiran yang bermanfaat.

Sebenarnya, saya masih tercari-cari diri sendiri. Hati saya melonjak-lonjak, agar tubuh saya benar-benar sempurna. Sempurna dengan penutupan aurat maksud hati saya. Saya masih mencuba dan akan terus mencuba. Saya tidak pernah menutup aurat sepenuhnya sebelum ini. Bersekolah di kalangan kaum lain, tiada pelaksanaan, supaya memakai tudung wajib. Saya hanya mampu, memakai baju kurung sampailah saya di Tingkatan Enam Atas.Walhal, saya seorang sahaja, dikalangan wanita Islam, yang tidak memakai tudung.Hinaan dan cakap-cakap belakang , hanya saya mampu telan.Walaupun saya , pelajar terbaik, untuk Pendidikan Islam Tapi pahit jugalah untuk menelan segala nanah tersebut, sampai di satu tahap, saya kehilangan keyakinan diri.Dengan izin Allah , saya akan buang sikap dan sifat mazmumah saya dan menggantikan dengan sifat mahmudah.
Saya tertarik dengan Wardina, yang mulai saya kenal , sejak beliau menyertai Dewi Remaja, anjuran Majalah Remaja, terbitan Karangkraf, menjadi model terkenal, hidup di dalam dunia hiburan ,akhirnya mendapat Nur-HidayahNya untuk memakai hijab , setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah, beliau menyatakan beliau memulakan hidup barunya, dengan mendirikan solat 5 waktu terlebih dahulu, kemudian barulah menutup aurat sepenuhnya. Saya amat mengkagumi Wardina, dan kepingin benar ingin ketemu dan berbicara bersama beliau.

Saya amat bahagia sekali waktu ini, lebih-lebih lagi, tika pulang ke kampung saya di Perak minggu lepas. Dijemput adik saya dari Seremban, bersama temannya serta pakcik saya. Kami berkongsi cerita sewaktu dalam perjalanan pulang, sayalah yang menjadi bahan kutukan mereaka, mentanglah saya seorang sahaja perempuan dalam kereta.Saya dan adik saya yang lelaki itu, amat rapat sekali. Tiada rahsia antara kami.Begitu juga pakcik saya itu, mungkin faktor usia kami yang agak rapat. Yang ingin saya coretkan disini, adalah kisah Abah saya. Kepulangan kali ini, memberi erti yang besar kepada kami. Abah saya, saya kira manusia yang paling garang dan kejam di dunia ini, sewaktu saya kecil-kecil dululah, masih naïf.Pantang salah sikit, rotanlah,tali pingganglah, batang paiplah.. apa yang ada ditangan , kalau saya dan Adik membuat silap, pasti hinggap ditubuh kami.Tapi, ikut perkiraan Emak saya, sayalah yang paling nakal sekali, mengajar adik saya menjadi nakal. Melastik rumah jiran yang baru pindah (alasannya:, anak dia berlagak, cakap English kat sekolah dengan kawan-kawan),tipu Emak pergi sekolah agama(walhal:saya dan adik berkubang didalam sungai,mencari ikan haruan, untuk dijual dipasar), dan banyak lagilah. Sampai malu hendak saya ceritakan disini.Berbalik pada cerita Abah saya. Dengan sikapnya yang garang itu, menyebabkan hubungan anak-anak dan Abah saya agak renggang. Acara wajibnya setiap hari, adalah makan malam bersama-sama. Kalau kami menggelengkan kepala dan menyatakan sudah kenyang(padahal takut), kami akan dihukum tidur di luar rumah, dan makan malam di luar rumah. Sedihnya…, Tapi , kebelakangan ini, mungkin barannya , sudah menurun, bapa saya telah berumur 50 tahun , pada tahun 2007 ini.Malam minggu hari itu, saya , Abah, adik , pakcik dan dua orang kawan adik saya, pergi memancing udang. Dia kata kepingin menghabiskan waktu dengan anak-anaknya.Tanpa saya sedari, airmata saya jatuh berguguran. Sedangkan saya faham benar ayah saya,memancing adalah kebenciannya.Kata Emak saya, bila dia tahu saya dan adik-adik saya pulang ke kampung, sibuk dia bertanya di mana kedai pancing, yang selalu dikunjungi adik saya, alasannya, hendak cari barang, nak memancing dengan budak-budak tu”, ujar Mak saya.Rasa kasih saya pada Abah saya kian bertambah, dan semakin sayu, semasa kepulangan kali ini.Walaupun hati saya terguris, terluka dengan seseorang....


Cikpuanhunniesuraya
Ss6,kelana jaya.

Thursday, 8 February 2007

Renungkan........Hayati............Fahami¦.......

  • Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
  • Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
  • Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
  • Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah. "
  • Ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusanku, dan perbaikilah bagi ku duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku, dan perbaikilah untuk ku akhiratku yang kepadanya tempat kembali ku. Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan bagi ku terhadap segala kebajikan dan jadikanlah kematian waktu berehat dari segala kejahatan" .

Mekasih atas budi baik Razi(Adikku) yang forward e-mail ni pada saya. Luv u...

sesuatu yang kuperoleh hari ini...

pengakuan seorang
lelaki...
************************
**********
"aku sayang gila awek
aku"..
************************
saya suka tengok jari
awek saya...cantik
betul..
sungguh! sampai takut
nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut
nanti jari kitorang tak
boleh
tolong each other di
satu hari yang giler
forever
depan yang maha Esa...
saya suka tengok rambut
awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab
tu saya belikan
tudung...
bukan sebab jeles orang
lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk
rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut
nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari
yang giler forever saya
suka tgk body awek
saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya
belikan dia telekong
supaya mase die dating
dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi
cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun
tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...
saya sedih tengok awek
saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya
pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die
tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran
untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya
dari saya...
saya sedih tengok awek
saya selalu pesan
macam2 kat saya..
"makan, minum, drive
elok2
tau.. nanti awak sakit
saye susah ati bla bla
bla
bla" katenya.. tapi bila
tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje
die tak kata satu aper
pun..
berdosanye saya....
kesimpulannya saya
memang sayang dia.. nak
jumper die giler
forever.. yang forever
punye
forever.. di dunia dan
akhirat terutamanya,
janji nak share heaven
sama2.. bahagia
selamanya...
saya nak membina hidup
bersama nya
semoga Allah
perkenankan harapan ini
saya nak dia sentiasa
menjadi teman
yang dapat membuat saya
gembira dikala
susah dan senang..
saya tau dia ikhlas
kepada saya dan kasih
sayang nya itu lah yang
selalu membantu saya
dikala susah...dan saya
amat menghargainya..
semoga kami saling
mengingati, dosa sendiri
pun
infiniti... nak tanggung
dosa dia lagi pulak
lepas
ni... semoga kami
menginsafi diri... Ya
Allah
ampunkanlah kami....
semoga kami dapat
bersama selamanya
nanti...
Amin..
*******************************

Wednesday, 7 February 2007

sharing is caring?

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kiranya,dah lama tak menulis sesuatu utk blog saya.lewat dua tiga hari ni, mendung berlarutan.tiada hari cerah yang mendatang.Usai semua masalah, barulah terbuka mencoret sesuatu.
Mencari dan menikmati....Sampai bertemu yang pasti.

Friday, 2 February 2007

Terbaik Untukmu




Pagi ini, saya sempat berinteraksi dengan seorang ‘teman tapi mesra’, mengenai pelbagai perkara, kebanyakan unsurnya mengenai kesedaran politik di kalangan orang muda, dan bertukar-tukar pendapat mengenai bacaan blog kami di laman internet.Dipisahkan oleh sempadan jarak , namun kami tetap meneruskan diskusi kami yang entah kemana hala tuju melalui laman sembang Yahoo Messenger(YM), bertemankan Pc Camera, Speaker dan Mic, sebagai jarak penghubung antara kami yang kononnya jauh dimata -( Ukey Perdana Kelana Jaya… Jauh kah?).Ini bukan retorik semata. Bukankah komunikasi lebih berkesan dengan cara begitu?, seiring dengan perjalanan teknologi.

Sesekali kami bertelingkah mengenai kesesuaian ayat yang perlu digunakan didalam blognya, sementelah dia membaca serba –sedikit catatannya pada saya(rungutnya,:saya dah kekeringan idea lah,awak).Bukankah bagus, bertelingkah sedikit, sekurang-kurangnya ada idea-idea baru bakal terlahir.Tapi, iyalah… kadangkala ada ego juga terselit dalam diri masing-masing.Akhirnya, saya mengalah, saya katakan pada hati….biarlah dia mencatatkan sesuatu dalam blognya, tanpa gangguan dari saya. Biar idea itu, tulen tak bersadur.Dan kadang –kala saya ni, yang agak nakal, sering memangkah beliau,dan menambah idea-idea yang karut.(saya main-mainlah). Tujuan saya biarlah menggunakan lenggok bahasa beserta makna yang betul.Saya sedar, saya pun insan yang kamil kadangkala terbit juga kekhilafan.
Sebenarnya, sudah beberapa malam kami tidur agak kelewatan, kadang kala menjangkau Subuh, dan pernah ada satu tika, berborak hampir tidak sedarkan diri, hampir sehari suntuk menghabiskan masa di depan laptop.Kalau lah makhluk Allah ini bisa meluahkan kata-katanya, pasti katanya, bisa aku meletup kalau saban hari digunakan tanpa henti.Maafkan aku…
Kami seakan-akan berlumba-lumba menyiapkan catatan untuk dimuatkan dalam blog masing-masing.Sekejap-kejap bertanyakan pada masing-masing.. Eh, awak, dah siap ke?.Macam ketagihan pula kan?
menulis dalam blog.
Impian saya , dalam masa hadapan, saya akan menulis kearah sesuatu yang berguna untuk semua, lebih matang dan lebih telus.. Bukan sekadar menzahirkan apa yang tersirat, rahsia peribadi saya sebagai seorang remaja,anak,dan penuntut.bahkan mampu membawa kepada perubahan yang lebih berkesan kearah membentuk komuniti masyarakat yang cemerlang.Petang tadi, ada saya suarakan pada si dia , mampukah saya menjadikan Wardina,Izzah, Shamsiah Fakeh atau Yvonne sebahagian dari diri saya, maklumbalasnya,tergelak kecil, dan akhirnya ‘saya sokong’,melegakan hati saya.Hati saya berbunga riang.Harap-harapnya, janganlah sekadar mengambil hati saya.

cik.puan.hunnie.suraya
Kelana Jaya SS6

mencari sesuatu yang istimewa hari ini......

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....


mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama, bukannya sesuatu yang mudah.. seperti mengira 1,2,3 dan seterusnya.Sewajarnya,lahir dari isi hati yang tulus,mudah difahami dan memahami.Saya bukanlah seorang yang benar-benar puitis yang bisa mengatur serta menyusun kata-kata menjadi sesuatu yang indah dimata, enak kedengaran di cuping telinga.sekadar mahu berkongsi sesuatu.untuk meluaskan pengetahuan,menajamkan akal fikiran.Terpanggil untuk mencoret, atas ajakan seorang 'teman tapi mesra', yang saya kira tinggi ilmu pengetahuannya berbanding saya.Sekian , sekiranya, ada masa dan kesempatan dari Maha Pencipta, memberi saya kesempatan dan peluang saya akan kembali untuk mencoretkan sesuatu. Saya terpanggil untuk mencoret,bukan atas dasar untuk membina nama, dan meletakkan diri di tahap yang tinggi.Jumpa lagi, di lembaran yang lain.