Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama, bukannya sesuatu yang mudah.. seperti mengira 1,2,3 dan seterusnya.Sewajarnya,lahir dari isi hati yang tulus,mudah difahami dan memahami.Saya bukanlah seorang yang benar-benar puitis yang bisa mengatur serta menyusun kata-kata menjadi sesuatu yang indah dimata, enak kedengaran di cuping telinga.sekadar mahu berkongsi sesuatu.untuk meluaskan pengetahuan,menajamkan akal fikiran.Terpanggil untuk mencoret, atas ajakan seorang 'teman tapi mesra', yang saya kira tinggi ilmu pengetahuannya berbanding saya.Sekian , sekiranya, ada masa dan kesempatan dari Maha Pencipta, memberi saya kesempatan dan peluang saya akan kembali untuk mencoretkan sesuatu. Saya terpanggil untuk mencoret,bukan atas dasar untuk membina nama, dan meletakkan diri di tahap yang tinggi.Jumpa lagi, di lembaran yang lain.
No comments:
Post a Comment