Friday, 2 February 2007

Terbaik Untukmu




Pagi ini, saya sempat berinteraksi dengan seorang ‘teman tapi mesra’, mengenai pelbagai perkara, kebanyakan unsurnya mengenai kesedaran politik di kalangan orang muda, dan bertukar-tukar pendapat mengenai bacaan blog kami di laman internet.Dipisahkan oleh sempadan jarak , namun kami tetap meneruskan diskusi kami yang entah kemana hala tuju melalui laman sembang Yahoo Messenger(YM), bertemankan Pc Camera, Speaker dan Mic, sebagai jarak penghubung antara kami yang kononnya jauh dimata -( Ukey Perdana Kelana Jaya… Jauh kah?).Ini bukan retorik semata. Bukankah komunikasi lebih berkesan dengan cara begitu?, seiring dengan perjalanan teknologi.

Sesekali kami bertelingkah mengenai kesesuaian ayat yang perlu digunakan didalam blognya, sementelah dia membaca serba –sedikit catatannya pada saya(rungutnya,:saya dah kekeringan idea lah,awak).Bukankah bagus, bertelingkah sedikit, sekurang-kurangnya ada idea-idea baru bakal terlahir.Tapi, iyalah… kadangkala ada ego juga terselit dalam diri masing-masing.Akhirnya, saya mengalah, saya katakan pada hati….biarlah dia mencatatkan sesuatu dalam blognya, tanpa gangguan dari saya. Biar idea itu, tulen tak bersadur.Dan kadang –kala saya ni, yang agak nakal, sering memangkah beliau,dan menambah idea-idea yang karut.(saya main-mainlah). Tujuan saya biarlah menggunakan lenggok bahasa beserta makna yang betul.Saya sedar, saya pun insan yang kamil kadangkala terbit juga kekhilafan.
Sebenarnya, sudah beberapa malam kami tidur agak kelewatan, kadang kala menjangkau Subuh, dan pernah ada satu tika, berborak hampir tidak sedarkan diri, hampir sehari suntuk menghabiskan masa di depan laptop.Kalau lah makhluk Allah ini bisa meluahkan kata-katanya, pasti katanya, bisa aku meletup kalau saban hari digunakan tanpa henti.Maafkan aku…
Kami seakan-akan berlumba-lumba menyiapkan catatan untuk dimuatkan dalam blog masing-masing.Sekejap-kejap bertanyakan pada masing-masing.. Eh, awak, dah siap ke?.Macam ketagihan pula kan?
menulis dalam blog.
Impian saya , dalam masa hadapan, saya akan menulis kearah sesuatu yang berguna untuk semua, lebih matang dan lebih telus.. Bukan sekadar menzahirkan apa yang tersirat, rahsia peribadi saya sebagai seorang remaja,anak,dan penuntut.bahkan mampu membawa kepada perubahan yang lebih berkesan kearah membentuk komuniti masyarakat yang cemerlang.Petang tadi, ada saya suarakan pada si dia , mampukah saya menjadikan Wardina,Izzah, Shamsiah Fakeh atau Yvonne sebahagian dari diri saya, maklumbalasnya,tergelak kecil, dan akhirnya ‘saya sokong’,melegakan hati saya.Hati saya berbunga riang.Harap-harapnya, janganlah sekadar mengambil hati saya.

cik.puan.hunnie.suraya
Kelana Jaya SS6

No comments: