Wednesday, 21 March 2007

my family




1.my little sis wif mak
2.ayeen

my lurve




ni kucing kesayangan saya. metik-metik namanya. sayang sangat2 kat dia.terlalu bijak, penghibur hatiku ini.
1.metik-metik wif my little sister.
2.metik-metik pose.

Tuesday, 20 March 2007

falsafah cinta

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

http://bernelixir.blogspot.com/

Catatan hari ini.

Semalam saya pulang agak lewat,berjumpa dengan seorang teman di gerai mamak berdepan rumah saya.Bersembang-sembang, sementara menanti teduhnya hujan.Alamak, semalam PJ hampir seharian hujan.Bisik hati saya, nak menyidai baju pun sia-sia jer.Saya sukakan hidup begini bebas dan lepas.tapi masih berbatas.Semalam jua, saya telah ‘dihadiahkan’ lagu oleh seseorang yang saya sebut sebelum ini,beserta lirik.Saya tertanya, apa maksudnya?.Saya cuba bertanya,apa maksudnya. Hendak di teka berlebihan, saya bukanlah ‘penganalisis’,mencari di ruang web berjam-jam,menganalisa seseorang. Tapi itulah yang dilakukan seseorang ini pada diri saya. Saya dianalisa secukupnya.Saya tak mampu nak menahannya berbuat demikian, terpulanglah padanya.Akhirnya, saya tersenyum sendiri ,penuh makna.Baru disebut-sebut, nah dia telah menelefon saya. Saya mampu tersenyum lagi.

Keratan Artikel

Menderma organ atau pemindahan organ daripada orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam agama Islam.Bagaimanapun, kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau daripada keluarga dalam kematian akibat kemalangan.Yang menjadi dosa ialah pemindahan tanpa izin tuan badan sendiri atau penyeludupan.Ramai yang belum tahu mulianya menderma organ selepas mati kerana fatwa muzakarah sudah mengeluarkan hukum harus berbuat demikian berdasarkan prinsip keperluan mengatasi larangan, perlunya memilih jalan yang kurang mudarat, dan perlunya mudarat dirawat dengan ikhtiar. Jika berhasrat menderma, bolehlah menandatangani surat keizinan terlebih dulu.Organ yang didermakan harus diberikan sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.Ramai juga penerima organ daripada orang Islam menerima organ orang bukan islam, jadi kenapa kita harus pertikaikan soal agama dalam hal menyelamatkan nyawa.Kesempurnaan manusia mengadap Tuhan tidak diukur daripada segi sempurna organ atau fizikal ketika ditanam. Jika ini ukurannya, bererti mereka yang mati dan kehilangan anggota seperti tentera dan yang terbabit dalam kemalangan tidak sempurna mengadap Tuhan ketika mati.Sempurna atau tidak adalah merujuk pada amalan yang dibawa.
-HARIAN METRO-
Sepanjang masa yang saya habiskan di depan PC, melayari Internet.Hanyalah kerana ini…Semoga Allah, memberi saya petunjuk yang benar.Pada saya membaca adalah gedung ilmu.

Cikpuanhunniesuraya
Kelana Jaya
Life Witout Wing
Babyface
The Loneliness

[Verse 1]
Im sitting here Thinking boutHow im gon-na do without You around in my life and how am II gon' get by I ain't got no days Just lonely nights You want the truthWell girl im not alrightFeel out of place and out of time I think im gonna lose my mind
[Chorus]
So tell me how you feel (im lonely)Are you for real (so lonely)Do you still think of me (i think of you)Baby still (are you lonely)Do you dream of me at night (like i dream of you all the time)So let me tell you how it feels (its like everyday i die)Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)I think that i will never love again
[Verse 2]
I miss your face I miss your kiss I even miss the arguments That we would have from time to timeI miss you standing by my side I'm dying here its clear to see There ain't no you, God knows there ain't no me Don't wanna live, I wanna dieIf I cant have you in my life

[Chorus (repeat till end)]So tell me how you feel (im lonely)Are you for real (so lonely)Do you still think of me (i think of you)Baby still (are you lonely)Do you dream of me at night (like i dream of you all the time, so lonely)Oh let me tell you how it feels (its like everyday i die)Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)I think that I will never love again

p.s: seseorang telah beri saya lagu ini.saya hargainya.saya fikir, saya jatuh cinta pada lagu ini.

Monday, 19 March 2007


Demam Pulak:(

Pagi ini, setelah usai membaca akhbar saya meneruskan usaha untuk menitipkan sesuatu didalam blog saya, yang saya kira sudah agak lama ‘kekeringan’.Maafkan saya. Saya pergi seketika untuk mengubat hati saya yang benar-benar luka. Alhamdulillah, saya kira saya sudah benar-benar sembuh. Tika ini , sambil menulis saya mendengar lagu kegemaran saya, Bukan Diriku; dendangan Samsons.Serba-sedikit lagu ini mengisahkan tentang diri saya.Tekad saya selepas ini, berhentilah berharap.Pengajaran yang saya peroleh dari kisah saya kali ini, sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, berdikari atas diri sendiri,dan jangan mengharap yang berlebihan darinya( kata-kata manisnya tentang janjinya pada masa hadapan).Tapi, saya harus bersyukur, sekurang-kurangnya tiada apa yang hilang pada diri saya, iaitu harga diri,dan kepercayaan terhadap kaum Adam dan kasih-sayang pada keluarga tidak menyusut, malahan bertambah.Atas segala sokongan. Baru-baru ini juga , teman saya semasa menuntut di alam sekolah dahulu, kembali menemui Ilahi.Innalillah. Takziah kepada keluarga Allahyarham Affendi.Malangnya saya tidak sempat menziarah arwah.Dua malam ini, saya leka dengan seorang chatters, pada hemat saya dia bukan seperti chatters lain, ada sesuatu dalam dirinya. Tapi itulah dia, terlalu misteri.Kami bertukar-tukar cerita,berkongsi pendapat, dan meluahkan apa yang ada dalam hati.Bisik hati saya:,geramnya aku dengan orang ni… Mungkin kira ada jodoh, dia pasti akan saya temui.Saya dilanda bosan yang teramat sangat, bila dilanda demam ini. Saya tak dapat kemana-mana, hanya memerap di dalam bilik. Saya kira , demam ini saya peroleh kerana kepenatan membawa adik saya yang seorang tu berjalan –jalan di muka bumi Selangor dan Kuala Lumpur.Ke Shah Alam lah, Damansara, dan tempat kegemaran kami dah tentulah IKEA.Sudahnya, saya terlantar kepenatan, dia pun sudah saya hantar balik ke hostelnya di SMT Seri Iskandar, sekolah lama saya dulu. (tempat kenakalan saya),saya hamper tergelak bila mengenangkan kenakalan di sekolah itu dulu.Lain lembaran saya akan ceritakan ya…

Suraya.Sharuddin
p.s: ada kawan2 bertanya kenapa saya letak nama cikpuanhunniesuraya, walaupun saya belum jadi ‘puan’ lagi
jawab saya:, ada seorang teman lama saya beri nama itu, kerana gelaran saya untuk ‘Datuk Bandar PJ’.(dia melihat saya prihatin benar, dengan kawasan KJ dan PJ). Jahatnya dia.


Friday, 2 March 2007

Ziana Zain - Kemelut Di Muara Kasih


Seandainya dapat kau selam.Sambil mentafsir tasik hatiku.Cuma tenang di permukaan.Dan di dasarnya bergelora.
Persoalan demi persoalan.Membelenggu akal dan fikiran.Tidak ku temu jawapan.
Seandainya dapat ku lari.Jauh ku pergi membawa diri.Sebenarnya langkah terkunci.Antara kasih dan juga budi.
Mengapa kau jua yang ku rindu.Walau sudah ku tahu.Payah bersatuHidup denganmu.
Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku.Tak pernah walau dalam sekali pun.Kau pinta ku membalas.Semuanya itu lambang kesetiaan mu.Bukannya mengaburi mata ini.Atau sebaliknya.
Kita bagaikan pertaruhanPada yang menyaksikanJauh manakah kita bertahan
Jika ku tersilap.Pastinya di pandang hina.Terlalu banyak sungguh halangan.Terpaksa ku terjah.Aku pun tidak tahu.Apa yang ingin Tuhan tunjukkan.Adakah ini dugaannya.Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu.
Seandainya hajat tak sampai.Tanah dan badan pasti berkecai.Terkubur harapan di liang cinta.Kasih ini kita semadikan .