Monday, 19 March 2007

Demam Pulak:(

Pagi ini, setelah usai membaca akhbar saya meneruskan usaha untuk menitipkan sesuatu didalam blog saya, yang saya kira sudah agak lama ‘kekeringan’.Maafkan saya. Saya pergi seketika untuk mengubat hati saya yang benar-benar luka. Alhamdulillah, saya kira saya sudah benar-benar sembuh. Tika ini , sambil menulis saya mendengar lagu kegemaran saya, Bukan Diriku; dendangan Samsons.Serba-sedikit lagu ini mengisahkan tentang diri saya.Tekad saya selepas ini, berhentilah berharap.Pengajaran yang saya peroleh dari kisah saya kali ini, sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, berdikari atas diri sendiri,dan jangan mengharap yang berlebihan darinya( kata-kata manisnya tentang janjinya pada masa hadapan).Tapi, saya harus bersyukur, sekurang-kurangnya tiada apa yang hilang pada diri saya, iaitu harga diri,dan kepercayaan terhadap kaum Adam dan kasih-sayang pada keluarga tidak menyusut, malahan bertambah.Atas segala sokongan. Baru-baru ini juga , teman saya semasa menuntut di alam sekolah dahulu, kembali menemui Ilahi.Innalillah. Takziah kepada keluarga Allahyarham Affendi.Malangnya saya tidak sempat menziarah arwah.Dua malam ini, saya leka dengan seorang chatters, pada hemat saya dia bukan seperti chatters lain, ada sesuatu dalam dirinya. Tapi itulah dia, terlalu misteri.Kami bertukar-tukar cerita,berkongsi pendapat, dan meluahkan apa yang ada dalam hati.Bisik hati saya:,geramnya aku dengan orang ni… Mungkin kira ada jodoh, dia pasti akan saya temui.Saya dilanda bosan yang teramat sangat, bila dilanda demam ini. Saya tak dapat kemana-mana, hanya memerap di dalam bilik. Saya kira , demam ini saya peroleh kerana kepenatan membawa adik saya yang seorang tu berjalan –jalan di muka bumi Selangor dan Kuala Lumpur.Ke Shah Alam lah, Damansara, dan tempat kegemaran kami dah tentulah IKEA.Sudahnya, saya terlantar kepenatan, dia pun sudah saya hantar balik ke hostelnya di SMT Seri Iskandar, sekolah lama saya dulu. (tempat kenakalan saya),saya hamper tergelak bila mengenangkan kenakalan di sekolah itu dulu.Lain lembaran saya akan ceritakan ya…

Suraya.Sharuddin
p.s: ada kawan2 bertanya kenapa saya letak nama cikpuanhunniesuraya, walaupun saya belum jadi ‘puan’ lagi
jawab saya:, ada seorang teman lama saya beri nama itu, kerana gelaran saya untuk ‘Datuk Bandar PJ’.(dia melihat saya prihatin benar, dengan kawasan KJ dan PJ). Jahatnya dia.


No comments: