Tuesday, 20 March 2007

Catatan hari ini.

Semalam saya pulang agak lewat,berjumpa dengan seorang teman di gerai mamak berdepan rumah saya.Bersembang-sembang, sementara menanti teduhnya hujan.Alamak, semalam PJ hampir seharian hujan.Bisik hati saya, nak menyidai baju pun sia-sia jer.Saya sukakan hidup begini bebas dan lepas.tapi masih berbatas.Semalam jua, saya telah ‘dihadiahkan’ lagu oleh seseorang yang saya sebut sebelum ini,beserta lirik.Saya tertanya, apa maksudnya?.Saya cuba bertanya,apa maksudnya. Hendak di teka berlebihan, saya bukanlah ‘penganalisis’,mencari di ruang web berjam-jam,menganalisa seseorang. Tapi itulah yang dilakukan seseorang ini pada diri saya. Saya dianalisa secukupnya.Saya tak mampu nak menahannya berbuat demikian, terpulanglah padanya.Akhirnya, saya tersenyum sendiri ,penuh makna.Baru disebut-sebut, nah dia telah menelefon saya. Saya mampu tersenyum lagi.

Keratan Artikel

Menderma organ atau pemindahan organ daripada orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam agama Islam.Bagaimanapun, kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau daripada keluarga dalam kematian akibat kemalangan.Yang menjadi dosa ialah pemindahan tanpa izin tuan badan sendiri atau penyeludupan.Ramai yang belum tahu mulianya menderma organ selepas mati kerana fatwa muzakarah sudah mengeluarkan hukum harus berbuat demikian berdasarkan prinsip keperluan mengatasi larangan, perlunya memilih jalan yang kurang mudarat, dan perlunya mudarat dirawat dengan ikhtiar. Jika berhasrat menderma, bolehlah menandatangani surat keizinan terlebih dulu.Organ yang didermakan harus diberikan sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.Ramai juga penerima organ daripada orang Islam menerima organ orang bukan islam, jadi kenapa kita harus pertikaikan soal agama dalam hal menyelamatkan nyawa.Kesempurnaan manusia mengadap Tuhan tidak diukur daripada segi sempurna organ atau fizikal ketika ditanam. Jika ini ukurannya, bererti mereka yang mati dan kehilangan anggota seperti tentera dan yang terbabit dalam kemalangan tidak sempurna mengadap Tuhan ketika mati.Sempurna atau tidak adalah merujuk pada amalan yang dibawa.
-HARIAN METRO-
Sepanjang masa yang saya habiskan di depan PC, melayari Internet.Hanyalah kerana ini…Semoga Allah, memberi saya petunjuk yang benar.Pada saya membaca adalah gedung ilmu.

Cikpuanhunniesuraya
Kelana Jaya
Life Witout Wing

No comments: