Minggu lepas, sempat juga saya mendaftarkan diri sebagai ahli di Perpustakaan Negara(PNM),sempat jugalah saya meminjam beberapa buah buku untuk dijadikan bahan bacaan sewaktu saya di kampung.Jikalau ada rezeki dan masa yang lebih nanti,ingin saya menerbitkan sendiri hasil karya saya. Teman saya itu, mengusulkan agar saya mencoret karya kanak-kanak.. Adussss.. Mampukah saya?. Sebenarnya, sudah agak lama saya tidak menulis. Agaknya, idea-idea saya ini pun entah kemana?. Tapi, fikir saya, jikalau da bakat jangan disia-siakan.Maha Pencipta dan Maha Penyayang mengurniakan kelebihan saya pada bidang penulisan , sewajarnya saya tidak harus mensia-siakannya.Insyaallah , saya akan terus menulis,jika ada kewajaran waktu, kesihatan dan buah fikiran yang bermanfaat.
Sebenarnya, saya masih tercari-cari diri sendiri. Hati saya melonjak-lonjak, agar tubuh saya benar-benar sempurna. Sempurna dengan penutupan aurat maksud hati saya. Saya masih mencuba dan akan terus mencuba. Saya tidak pernah menutup aurat sepenuhnya sebelum ini. Bersekolah di kalangan kaum lain, tiada pelaksanaan, supaya memakai tudung wajib. Saya hanya mampu, memakai baju kurung sampailah saya di Tingkatan Enam Atas.Walhal, saya seorang sahaja, dikalangan wanita Islam, yang tidak memakai tudung.Hinaan dan cakap-cakap belakang , hanya saya mampu telan.Walaupun saya , pelajar terbaik, untuk Pendidikan Islam Tapi pahit jugalah untuk menelan segala nanah tersebut, sampai di satu tahap, saya kehilangan keyakinan diri.Dengan izin Allah , saya akan buang sikap dan sifat mazmumah saya dan menggantikan dengan sifat mahmudah.
Saya tertarik dengan Wardina, yang mulai saya kenal , sejak beliau menyertai Dewi Remaja, anjuran Majalah Remaja, terbitan Karangkraf, menjadi model terkenal, hidup di dalam dunia hiburan ,akhirnya mendapat Nur-HidayahNya untuk memakai hijab , setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah, beliau menyatakan beliau memulakan hidup barunya, dengan mendirikan solat 5 waktu terlebih dahulu, kemudian barulah menutup aurat sepenuhnya. Saya amat mengkagumi Wardina, dan kepingin benar ingin ketemu dan berbicara bersama beliau.
Saya amat bahagia sekali waktu ini, lebih-lebih lagi, tika pulang ke kampung saya di Perak minggu lepas. Dijemput adik saya dari Seremban, bersama temannya serta pakcik saya. Kami berkongsi cerita sewaktu dalam perjalanan pulang, sayalah yang menjadi bahan kutukan mereaka, mentanglah saya seorang sahaja perempuan dalam kereta.Saya dan adik saya yang lelaki itu, amat rapat sekali. Tiada rahsia antara kami.Begitu juga pakcik saya itu, mungkin faktor usia kami yang agak rapat. Yang ingin saya coretkan disini, adalah kisah Abah saya. Kepulangan kali ini, memberi erti yang besar kepada kami. Abah saya, saya kira manusia yang paling garang dan kejam di dunia ini, sewaktu saya kecil-kecil dululah, masih naïf.Pantang salah sikit, rotanlah,tali pingganglah, batang paiplah.. apa yang ada ditangan , kalau saya dan Adik membuat silap, pasti hinggap ditubuh kami.Tapi, ikut perkiraan Emak saya, sayalah yang paling nakal sekali, mengajar adik saya menjadi nakal. Melastik rumah jiran yang baru pindah (alasannya:, anak dia berlagak, cakap English kat sekolah dengan kawan-kawan),tipu Emak pergi sekolah agama(walhal:saya dan adik berkubang didalam sungai,mencari ikan haruan, untuk dijual dipasar), dan banyak lagilah. Sampai malu hendak saya ceritakan disini.Berbalik pada cerita Abah saya. Dengan sikapnya yang garang itu, menyebabkan hubungan anak-anak dan Abah saya agak renggang. Acara wajibnya setiap hari, adalah makan malam bersama-sama. Kalau kami menggelengkan kepala dan menyatakan sudah kenyang(padahal takut), kami akan dihukum tidur di luar rumah, dan makan malam di luar rumah. Sedihnya…, Tapi , kebelakangan ini, mungkin barannya , sudah menurun, bapa saya telah berumur 50 tahun , pada tahun 2007 ini.Malam minggu hari itu, saya , Abah, adik , pakcik dan dua orang kawan adik saya, pergi memancing udang. Dia kata kepingin menghabiskan waktu dengan anak-anaknya.Tanpa saya sedari, airmata saya jatuh berguguran. Sedangkan saya faham benar ayah saya,memancing adalah kebenciannya.Kata Emak saya, bila dia tahu saya dan adik-adik saya pulang ke kampung, sibuk dia bertanya di mana kedai pancing, yang selalu dikunjungi adik saya, alasannya, hendak cari barang, nak memancing dengan budak-budak tu”, ujar Mak saya.Rasa kasih saya pada Abah saya kian bertambah, dan semakin sayu, semasa kepulangan kali ini.Walaupun hati saya terguris, terluka dengan seseorang....
Cikpuanhunniesuraya
Ss6,kelana jaya.
No comments:
Post a Comment